BERAPAKAH BERAT BOLA BOLING?
Assalamualaikum dan Selamat sejahtera.
Terima kasih laa pasai hampa mai sini Cikgu Pak Malau Dot Com.
Kepada penggemar sukan boling atau yang baharu nak belajar tentang sukan boling, anda perlu tahu berapakah BERAT bola boling yang sesuai untuk permulaan hendak bermain sukan boling ini. Sebelum ini saya jelaskan perkataan yang sesuai untuk sukan boling ini. Dalam Bahasa Melayu disebut Boling Tenpin manakala dalam Bahasa Inggeris disebut Tenpin Bowling.
Ok, sekarang kita cerita pasai BERAT bola boling yang sesuai untuk anda. Jika anda kali pertama hendak bermain boling, berat bola yang sesuai untuk anda ialah 10% daripada berat badan anda. Kiraan ini mestilah dalam pounds (lbs). Iaitu 1 Kg bersamaan dengan 2.20 lbs. Ini bermakna jika berat badan anda 50 Kg bersamaa dengan 110.23 lbs, bola yang sesuai ialah bola 11 lbs.
Walau bagaimanapun, bola paling ringan ialah 6 lbs dan paling berat ialah 16 lbs. Pastikan anda memilih bola yang sesuai dan pastikan juga lubang untuk ibu jari dan jari hantu serta jari manis sesuai, tidak terlalu ketat atau tidak terlalu longgar. Jika bola tersebut sesuai dengan berat 10% badan anda, tetapi lubang terlalu longgar, anda cari dan pilih bola yang lebih ringan yang lubangnya sesuai dengan jari anda.
Sebagai panduan berat bola boling.
6 pounds = 2.72 Kilograms
7 pounds = 3.17 Kilograms
8 pounds = 3.62 Kilograms
9 pounds = 4.08 Kilograms
10 pounds = 4.53 Kilograms
11 pounds = 4.98 Kilograms
12 pounds = 5.44 Kilograms
13 pounds = 5.89 Kilograms
14 pounds = 6.35 Kilograms
15 pounds = 6.80 Kilograms
16 pounds = 7.25 Kilograms