CARA MUDAH HENDAK KE KLCC
Saya hendak beri petua mudah untuk ke Kuala Lumpur City Centre (KLCC). Anda boleh memandu kereta, cuba parkir di Stesen LRT Cheras (sekadar cadangan) dan naik LRT ke Masjid Jamek. Tambang cuma RM 2.20 seorang.
Kuala Lumpur City Centre (KLCC)
|
Ini kerana laluan LRT dari Putra Heights atau dari Ampang tidak lalu di Stesen KLCC. Sampai di Stesen Masjid Jamek anda perlu melintas jalan ke seberang dan dapatkan tiket laluan LRT Kelana Jaya. Harga tiket cuma RM 1.80 seorang. Pastikan anda menaik Train yang menuju ke Gombak. Sangat mudah dan menjimatkan masa serta petrol jika anda berbuat begini. Lebih selamat daripada memandu ke pusat bandar.
Semasa pulang, pastikan anda ambil LRT dari KLCC ke Masjid Jamek semula, kemudian ambil tiket ke Cheras. Pastikan anda ke platform 2 dan menaiki Train ke Putra Heights.
Semoga membantu.
Terima kasih
STESEN MASJID JAMEK
terbaik
ReplyDeleteWah..syoknya..
ReplyDelete