Program Interaktif Kemahiran Bahasa Melayu -PIKeBM
Matlamat utama Makmal Bahasa Melayu adalah untuk melonjakkan pemerolehan dan kompetensi bahasa Melayu pada semua peringkat pendidikan. Matlamat ini telah diperincikan melalui sembilan strategi yang terdapat dalam Pelan Strategik Memartabatkan Bahasa Melayu.
Program Interaktif Kemahiran Bahasa Melayu (PIKeBM) dirancang berdasarkan konsep penggunaan bahasa Melayu lisan yang betul serta dituturkan secara berterusan sebagai bahasa komunikasi yang dijadikan budaya di sekolah. Murid perlu menguasai kemahiran lisan yang merupakan aspek penting sebelum menguasai kemahiran membaca dan menulis. Begitu juga dengan kemahiran komunikasi yang mementingkan aspek lisan atau pertuturan. Keupayaan berkomunikasi sewaja rnya dapat menggambarkan kebolehan sebenar murid dalam konteks lisan secara berkesan.
PIKeBM melalui aktiviti kokurikulum, mendedahkan murid kepada kemahiran lisan bahasa Melayu dan memberikan peluang yang luas kepada mereka menggunakan bahasa Melayu bagi meningkatkan kemahiran bahasa Melayu melalui aktiviti pengembangan bahasa. Selain itu, program ini juga diharapkan dapat membentuk dan melestarikan budaya berbahasa Melayu dalam kalangan murid. PIKeBM dilaksanakan secara sisipan wajib dalam waktu aktiviti kokurikulum melalui pembelajaran penerokaan dan amali yang bersifat santai serta menyeronokkan. Aktiviti ini dapat mendedahkan murid kepada situasi berkomunikasi dengan menggunakan ayat yang tersusun, perkataan yang sesuai dan kosa kata yang luas. Aktiviti ini dapat memberikan impak yang tinggi kepada murid. Pelaksanaan aktiviti ini diharapkan dapat membiasakan penggunaan bahasa Melayu yang betul dalam kalangan murid serta dapat diamalkan dalam kehidupan seharian.
Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bil 1 Tahun 2021
Pelaksanaan Program Interaktif Kemahiran Bahasa Melayu di Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia mulai Tahun 2021
MUAT TURUN PEKELILING IKHTISAS BIL 1 TAHUN 2021
MUAT TURUN SLIDE PENATARAN PIKeBM
MUAT TURUN MODUL PIKeBM SEKOLAH RENDAH
MUAT TURUN MODUL PIKeBM SEKOLAH MENENGAH
CONTOH AKTIVITI SORAK BERENTAP