Nature

SEJARAH PERMAINAN BOLING TENPIN

SEJARAH PERMAINAN BOLING TENPIN


SEJARAH BOLING
 
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

SEJARAH PERMAINAN BOLING TENPIN

TAHUKAH ANDA?

Kewujudan permainan bowling telah bermula seawal 7000 tahun yang lalu. Berdasarkan penemuan bola boling, pin dan peralatan lain boling di kuburan kuburan tua Mesir Kuno. 

Semasa empayar roman, Kira-kira 2.000 tahun yang lalu, di Empayar Rom, permainan seumpama berkembang antara legionion Rom yang memerlukan pelemparan objek batu atau bola sedekat mungkin dengan benda batu lain.  

Ia kemudian telah berkembang dari Rom hingga ke Yunani .Ianya kemudian menjadi permainan yang sangat popular dalam kalangan bangsawan. 


Sejarah permainan boling tenpin amat panjang dan permainan ini merupakan permainan yang amat popular di dunia. Permainan boling tenpin dipercayai berusia 5000 tahun. Iaitu apabila seorang antropologi British, ,Sir Flinders Petrie menjumpai peralatan permainan boling tenpin di kawasan perkuburan kanak-kanak Mesir pada 1930an.

Di Jerman 
Seorang ahli sejarah bernama William Pehle mendakwa :

Permainan boling bermula di Jerman sekitar 300 tahun dahulu sebagai satu upacara keagamaan.

Dalam upacara ini batu atau sebiji bola di baling yang menuju pada 9 tongkat kayu yang dikenali sebagai keglers. Sekiranya semua keglers ini jatuh bererti kehidupannya bersih.  

Permainan ini berkembang sebagai adat untuk menguji kepercayaan seseorang.

Versi England
Bowling bermula pada awal 1100-an.

Beberapa variasi bowling, seperti "half-bowl", "Skittles" dan "ninepins", telah wujud pada pertengahan 1300-an.

Kemudian, pada zaman pemerintahan Raja Henry VIII, permainan bowling telah menjadi popular dan  dimainkan sebagai simbol bangsawan dan status sosial.

Terdapat pelbagai bentuk permainan boling ini dengan salah satunya ialah boling sembilan pin. Paling terkini adalah boling sepuluh pin yang dikenali sebagai BOLING TENPIN (Malay) atau TENPIN BOWLING (English).

Pada abad ke-17, orang English, Belanda dan Jerman telah membawa masuk bowling versi mereka sendiri ke Amerika Syarikat. Melalui inilah, bowling mengalami perubahan dan dimodenkan.

Pada tahun 1952, pemasangan komersil pertama mesin penyusun pin menggantikan tenaga manusia diperkenalkan.

Dan akhirnya bowling semakin dikenali dan mendapat tempat apabila sukan bowling pertama iaitu "Championship Bowling" oleh NBC disiarkan.

Perubahan dan pemodenan yang dialami telah membawa kepada penubuhan Kongres Bowling Amerika (ABC) pada 9 September 1985.

Kongres ini berperanan dalam menentukan piawai boling di Amerika Syarikat serta mengatur pertandingan rasmi. 

Sejak itu permainan boling terus berevolusi dengan penambahan teknologi dan sistem komputer dalam permainan ini untuk membantu memudahkan pelaksanaan permainan. 

Karikatur menunjukkan permainan boling tenpin dimainkan pada masa dahulu.


EVOLUSI BOLING TENPIN


BOLING TENPIN DI MALAYSIA

Permainan boling tenpin di Malaysia diperkenalkan pada tahun 1961 apabila gelanggang boling tenpin yang pertama iaitu “ International Bowl “ dibuka di Pulau Pinang. Pada tahun 1965.Selain itu tiga lagi gelanggang dibuka di Perak dan Selangor. Pada tahun yang sama juga Malaysian Tenpin Bowling Congress (MTBC) di tubuhkan di bawah pimpinan Raja Amaruddin Udar.

Pada tahun 1974 MTBC diperkemaskan lagi di bawah pimpinan Dato Dr. P.S. Nathan. Bermula dari saat inilah berkembangnya permainan ini dan menjadi permainan  rasmi bagi beberapa kejohanan utama dunia seperti Sukan SEA dan Sukan Asia. Di Malaysia permainan ini menjadi permainan rasmi dalam Kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA). 

Pada peringkat Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia(MSSM),ia mula diperkenalkan pada tahun 2000. Namun begitu, terdahulu daripada itu ramai dalam kalangan pelajar sekolah sudah menyertai permainan boling tenpin anjuran MTBC. Hal ini dibuktikan apabila Ratu Boling Tenpin Negara, Shalin Zulkifli mula mewakili negara sewaktu di bangku sekolah lagi sebelum kejohanan Boling Tenpin MSSM diperkenalkan.

Kejohanan Boling Tenpin MSSM yang pertama diadakan di Mega Lanes, Pulau Pinang dan disertai hampir semua kontinjen negeri di Malaysia. Sejak itu pelbagai usaha dijalankankan di semua peringkat untuk mencari bakat-bakat baru dalam dunia boling tenpin.  Di peringkat negeri, pelbagai usaha diadakan seperti kursus untuk guru-guru yang baru mengenal boling tenpin dan mengadakan kem-kem bakat untuk mencari pelapis di samping pelbagai pertandingan yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah.Permainan boling tenpin telah berkembang dari semasa ke semasa dan  telah menjadi permainan yang amat popular dalam kalangan pelajar sekolah. 

Gaya pemain boling golongan bangsawan pada zaman dahulu


Gelanggang Kejohanan Boling Tenpin yang pertama pada tahun 1901

Sebelum terciptanya mesin penyusun pin boling, manusia digunakan sebagai penyusun semula PIN BOLING. (Pin Setter's)

Pin Setter's





Terima kasih
Jom ke Channel Youtube Pak Malau
www.youtube.com/pakmalau

Previous Post Next Post