UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK (UASA) SEKOLAH RENDAH
Ujian Ahkir Sesi Akademik (UASA)
Sekolah Rendah
Mata Pelajaran Bahasa Melayu
Matlamat Bahasa Melayu KSSR
Bahasa Melayu KSSK adalah untuk melengkapkan murid dengan ketrampilan berbahasa dan berkomunikasi. Ia untuk menenuhi keperluan diri, memperolehi ilmu pengetahuan, berkemahiran, bermaklumat, ada nilai dan idea untuk mendepani hubungan sosial dalam kehidupan seharian.
Objektif Mata Pelajaran Bahasa Melayu
1. Membaca dengan sebutan dan intonasi yang betul, memahami dan menaakul maklumat tersurat dan tersirat serta membaca pelbagai bahan bacaan bagi memperkaya kosa kata dan maklumat untuk memupuk minat membaca.
2. Menghasilkan pelbagai penulisan, mengedit dan menulis ulasan.
3. Menggunakan sistem bahasa yang betul dalam pertuturan, pembacaan dan penulisan.
Objektif Pentaksiran Bahasa Melayu
1. Membaca, memahami dan memberikan respons terhadap maklumat yang terdapat dalam pelbagai jenis bahan rangsangan (bahan sastera atau bahan bukan sastera)
2. Menulis pelbagai jenis penulisan untuk menyampaikan idea, ulasan dan pendapat
3. Memahami dan menggunakan sistem bahasa dalam pelbagai konteks.
Format Bahasa Melayu Ujian Akhir Sesi Akademik (Sekolah Rendah)
Jenis Instrumen - Ujian bertulis: Pemahaman dan Penulisan
Jenis Item :
- Objektif Aneka Piliha (OAP)
- Objektif Pelbagai Bentuk (OPB)
- Subjektif Respons Terhad (SRTh)
- Subjektif Respons Terbuka (SRTb)
- Tatabahasa (3-5 soalan)
- Pemahaman Petikan (5-7 soalan) Teks Tunggal dan Teks Pelbagai
- Pemahaman Petikan dan Tatabahasa (Bersepadu) 3-5 soalan
- Respons Kritis dan Kreatif (1 soalan)
- Penulisan Perenggan - 1 soalan
- Penulisan Karangan - 1 soalan
- Memahami
- Mengaplikasi
- Menganalisis
- Mengaplikasi
- Menganalisis
- Menilai
- Mencipta
- Dikotomus
- Analitikal
- Holistik