BERMULANYA PASUKAN BOLING SEDSKA
Pasukan Boling Tenpin SEDSKA (Sekolah Kebangsaan Kpg. Dato' Seri Kamaruddin) bermula dari kosong di mana saya terpaksa membina sendiri lorong boling menggunakan karpet dan tilam. Saya juga telah membawa semua peralatan boling dari sekolah lama iaitu SK Kayan seperti bola boling, pin boling dan kasut boling.
Gelanggang ini di buat di dalam dewan sekolah. Namun dewan sekolah ini sering digunakan. Oleh itu saya terpaksa menggunakan karpet menggantikan papan lapis kerana karpet mudah digulung dan disimpan.
Gelanggang ini (lorong boling) dibuat untuk membolehkan murid belajar asas dalam sukan boling. Yang paling utama mereka tahu asas memegang dan melontar atau melepaskan bola. Oleh sebab itulah lantai simen harus dilapik dengan sesuatu yang tidak merosakkan bola boling seperti papan atau karpet atau apa sahaja benda yang lembut.
walaupun ianya tidaklah serupa seperti gelanggang sebenar, tetapi ini amat penting untuk mereka belajar asas melangkah dan membuat lontaran. Setiap pergerakan dan hayunan serta balingan perlu betuk. Cara membetulkannya ialah dengan latihan. Jika hendak berlatih asas ini di pusat boling, ia amat merugikan kerana setiap balingan kita perlu membayarnya. Jadi, kos perlu semata-mata untuk mengajar mereka membuat balingan sahaja.
Saya latih mereka sehingga mereka sudah mendapat langkah yang betul dan hayunan yang betul, barulah saya bawa mereka untuk bermain di gelanggang sebenar. Di sini baru saya latih untuk mereka menuju sasaran.
Pasukan ini bermula pada JUM 2022