1.0 LATAR BELAKANG
Kurikulum adalah bidang utama atau ‘core business’ bagi setiap guru dan murid-murid yang belajar di sekolah ini. Penetapan dasar ini mengambil kira keperluan pendidikan dan pencapaian sekolah dalam bidang kurikulum selaras dengan arus perdana dan dasar pendidikan kebangsaan. Menyedari hakikat, sekolah ini mampu menjadi yang terbaik dalam pelbagai bidang, maka suatu bentuk program yang terancang telah disusun mengikut perbezaan potensi dan kebolehan antara murid untuk menghaslkan impak yang maksima. Seterusnya menjadi asas yang kukuh kepada kecemerlangan murid, bagi mencapai arah tuju pendidikan yang lebih tinggi dan sempurna disamping melahirkan murid yang berakhlak mulia selaras dengan kehendak Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia.
Kurikulum adalah bidang utama atau ‘core business’ bagi setiap guru dan murid-murid yang belajar di sekolah ini. Penetapan dasar ini mengambil kira keperluan pendidikan dan pencapaian sekolah dalam bidang kurikulum selaras dengan arus perdana dan dasar pendidikan kebangsaan. Menyedari hakikat, sekolah ini mampu menjadi yang terbaik dalam pelbagai bidang, maka suatu bentuk program yang terancang telah disusun mengikut perbezaan potensi dan kebolehan antara murid untuk menghaslkan impak yang maksima. Seterusnya menjadi asas yang kukuh kepada kecemerlangan murid, bagi mencapai arah tuju pendidikan yang lebih tinggi dan sempurna disamping melahirkan murid yang berakhlak mulia selaras dengan kehendak Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia.
2.0 Visi Sekolah : Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera
3.0 Misi Sekolah : Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.
4.0 OBJEKTIF
Penetapan dasar ini digariskan atas tujuan berikut :
4.1 Menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah
4.2 Memantapkan pengurusan Kurikulum di peringkat sekolah
4.3 Memenuhi standard kualiti pengurusan akademik Kementerian Pendidikan Malaysia
5.0 DASAR
5.1 Menyediakan program pendidikan dalam kurikulum dan kokurikulum yang merangkumi semua aspek pengetahuan, kemahiran, norma, nilai unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangkan potensi murid dari aspek jasmani, rohani, mental dan emosi.
5.2 Dasar Kurikulum Sekolah mestilah sentiasa selari dengan arus perdana dan dasar Pendidikan kebangsaan.
5.3 Kurikulum yang dilaksanakan mestilah mematuhi kehendak Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah.
5.4 Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini tentang pendidikan dan kurikulum semasa.
5.5 Pada sebilangan masa, program-program akademik diutamakan. Ini bermakna, laluan perlu diberikan kepada program akademik sekiranya ianya bertembung dengan program yang lain di satu masa yang sama.
6.0 MESYUARAT
6.1 Jawatankuasa Kurikulum akan bermesyuarat sekurang-kurangnya empat (4) kali setahun mengikut piawaian JPN dan PPD bagi membincangkan pengurusan dan pelaksanaan, masalah dan isu di dalam unit Kurikulum di sekolah.
6.2 Agenda mesyuarat mestilah berdasarkan garis panduan yang dicadangkan dalam pekeliling Transformasi Pentadbiran Awam Bil 2 Tahun 2018.
6.3 Mesyuarat Panitia – Dilaksanakan sebanyak minimum 4 kali setahun dan minit mesyuarat mestilah disediakan dalam tempoh 2 minggu selepas mesyuarat. Minit mesyuarat disediakan dalam bentuk bercetak.
6.4 Surat Panggilan mesyuarat mesti dikeluarkan 3 hari sebelum mesyuarat dilaksanakan.
6.5 Semua perkara yang dibincangkan di dalam Mesyuarat Induk Kurikulum perlu dipanjangkan di dalam mesyuarat Panitia masing-masing mengikut kesesuaian Panitia.
6.6 Jawatankuasa mestilah sentiasa membuat pemantauan dan penilaian impak terhadap pelaksanaan kurikulum dalam setiap mata pelajaran. Pentadbir dan semua Ketua Panitia bertanggungjawab sepenuhnya dalam pemantauan ini.
6.7 Maklum balas mesti dilengkapkan oleh yang berkenaan untuk dibincangkan dalam mesyuarat seterusnya.
7.0 PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN
7.1 Pengurusan Mata pelajaran mestilah selaras dan memenuhi Pekeliling Ikhtisas Bil 4/1986.
7.2 Pengurusan Mata pelajaran juga mestilah selaras dengan SPI KPM Bil 8 2016 berkaitan pelaksanaan KSSR Semakan secara berperingkat bermula 2017.
7.3 Dalam pengurusan Matapelajaran, semua panitia mata pelajaran mesti dan wajib untuk memastikan kejayaan setiap murid dalam setiap mata pelajaran. Penentuan TOV dan ETR setiap mata pelajaran melalui pelaksanan PBD amat dititikberatkan.
7.4 Semua guru mata pelajaran melalui Ketua Panitia mestilah mempunyai TOV dan ETR setiap murid bagi mata pelajaran yang diajar.
7.5 Pencapaian murid mesti dianalisa mengikut mata pelajaran. KP dan ahli mesti menyusun program peningkatan dan program intervensi yang bersasar bagi memastikan setiap murid yang lemah tidak tercicir dan murid yang cemerlang sentiasa diberi peluang untuk terus maju dan mempunyai daya saing yang tinggi.
7.6 Semua Panitia mestilah menyusun strategi pembelajaran dengan baik. Pilih strategi pembelajaran yang boleh membantu mencungkil potensi murid dengan menggunakan inovasi dan pendekatan yang menarik. Jadikan panduan PdPc PAK 21 sebagai salah satu medium pengajaran yang menarik.
7.7 Ketua Panitia mesti memastikan mesyuarat panitia dijalankan sejurus selepas mesyuarat induk dijalankan. Bincangkan isu yang dibincangkan di dalam mesyuarat induk di dalam mesyuarat panitia. Ketua Panitia mesti pastikan kehadiran mana-mana pentadbir di dalam mesyuarat tersebut sebagai pemudahcara dalam menyelesaikan sesuatu isu.
7.8 Fail panitia perlu diselenggara. Berdasarkan keputusan mesyuarat, fail panitia semua matapelajaran diuruskan dengan menggunakan sistem fail. Ketua Panitia dan setiausaha bertanggungjawab penuh ke atas fail tersebut dan menyebar luas maklumat kepada ahli panitia dengan menggunakan “medium whatsapp” dan juga telegram. (Rujuk Pekeliling Transformasi Pentadbiran Awam Bil 2 2018)
8.0 SISTEM FAIL
8.1 Fail jawatankuasa kurikulum diurus dan diselenggara oleh Setiausaha Kurikulum.
8.2 Semua fail disimpan di dalam bilik Penolong Kanan Pentadbiran dan boleh diakses oleh semua jawatankuasa kurikulum.
8.3 Panitia Matapelajaran juga menyediakan sistem fail yang sama seperti yang diuruskan oleh unit kurikulum. KP dan Setiausaha Panitia selaku ‘Teacher’ dalam menguruskan fail panitia masing-masing. Segala maklumat mengenai Guru MP, Mesyuarat MP, Analisa MP dan sebagainya yang berkaitian perlu ada di dalam fail panitia masing-masing.
8.4 Jika terdapat surat masuk untuk panitia dan JK lain, sediakan 1 fail putih am untuk surat tersebut.
8.5 Pastikan fail sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa agar maklumat mudah dicapai oleh ahli panitia dan pentabir.
9.0 PAKEJ MATA PELAJARAN
9.1 Pakej Mata pelajaran yang gunakan mengikut Peruntukan Masa Minimum Jam Setahun KSSR ( Semakan 2017) bagi Tahun 1-5 (2021)
9.2 Rujuk SPI Bil 8 Tahun 2016
9.3 Rujuk SPI BIl 5 Tahun 2019 dan SPI lain berkaitan pelaksanaan KSSR dan peruntukan masa pembelajaran KSSR Semakan bermula 2017.
10.0 DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN (DSKP) SERTA RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
10.1 Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP & DSKP Semakan 2017), Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) dan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) adalah dokumen rasmi kurikulum dan mestilah sentiasa dirujuk oleh guru setiap kali merancang pengajaran masing-masing.
10.2 DSKP dan DSPK Semakan mestilah dimuat turun oleh semua guru. Unit Kurikulum bertanggungjawab mengadakan semua DSKP dan DSKP Semakan ini supaya semua guru boleh mengaksesnya dengan mudah.
10.3 Semua guru wajib menyimpan DSKP mata pelajaran dalam fail simpanan masing-masing. Inisiatif guru mencetak DSKP dialu-alukan. Bawa sentiasa DSKP semasa PdPc berlangsung sebagai rujukan selain RPT dan RPH.
10.4 RPT perlu dirancang mengikut takwim sekolah. Kp dan ahli panitia perlu membuat RPT panitia masing-masing sebagai panduan pengajaran tahunan supaya lebih terancang. RPT panitia mestilah disimpan di dalam fail panitia.
10.5 Sekolah Kebangsaan Batu Sepuluh menggunakan rancangan pengajaran eRPH melalui sistem CIDS.
10.6 eRPH mesti dihantar pada hari Isnin setiap minggu.
10.7 Penulisan refleksi di dalam RPH sangat penting. Guru perlu memastikan refleksi ditulis dengan jelas bagi membuat penambahbaikan atau membuat pengayaan kepada setiap murid.
10.8 Kandungan Pendidikan sivik disampaikan dengan baik secara bersepadu di dalam mata pelajaran BM, BI, Sejarah dan Pendidikan Islam. Rujuk Surat Siaran KPM Bil 7 Tahun 2019.
11.0 JADUAL WAKTU
11.1 Jadual waktu setiap mata pelajaran disusun mengikut peruntukan masa dan takwim yang dipilih oleh sekolah.
11.2 Dasar pengagihan mata pelajaran kepada guru, mengikut keutamaan opsyen dan kepakaran guru.
11.3 Jumlah waktu mengajar guru tidak melebihi 30 waktu seminggu tidak termasuk perhimpunan.
11.4 Jadual waktu yang tidak diisi kerana guru Sakit, Cuti Rehat dan Bertugas Rasmi Diluar sekolah atas arahan, akan digantikan dengan guru lain yang bersesuaian masa dengan guru tersebut dengan mengambil kira ianya tidak membebankan.
11.5 Guru ganti berhak menggunakan tugasan sendiri untuk kelas ganti dan juga boleh menggunakan tugasan yang ditinggalkan oleh guru sebenar.
11.6 Jadual Waktu mengajar dan Jadual Guru Ganti akan diuruskan oleh Penolong Kanan Pentadbiran dan Penyelaras Jadual Waktu atau pembantu mengikut prioriti.
11.7 Jadual Waktu penggunaan Makmal, PSS dan semua Bilik Khas akan disusun oleh jawatankuasa masing-masing mengikut kesuaian masa dan mata pelajaran. Contoh masa Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris untuk pelaksanaan Nilam di PSS dan masa pengajaran TMK untuk tahun 6 di Makmal Komputer.
11.8 Pengurusan Masa yang baik adalah menjadi KPI unit Kurikulum. Memegang dasar MMI akan membuatkan pengurusan masa secara optimum dan berkesan serta memberi hasil yang cemerlang.
12.0 PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
12.1 Menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang cukup dan berkualiti selaras dengan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) atau ICT.
12.2 Menekankan kemahiran ICT untuk setiap guru dan murid. Guru yang berkemahiran ICT sekaligus melahirkan murid yang celik ICT untuk sama-sama bersaing dalam kehidupan masa kini. Maklumat dihujung jari perlu diterapkan di dalam PDPC agar pembelajaran menjadi lebih bermakna.
12.3 Memperluaskan program peningkatan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris selaras dengan dasar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu MBMMBI iaitu Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memantapkan Bahasa Inggeris.
12.4 Menggunakan pelbagai kaedah, pendekatan, strategi dan Teknik di dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan ketrampilan guru, seterusnya meningkatkan pencapaian murid dalam menguasai PdPc adalah sangat penting. Ini adalah kerana pembelajaran yang berkualiti pastinya dalam melahirkan murid yang cemerlang.
12.5 Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas perlulah sentiasa dianalisa dan dibuat refleksi. Sentiasa membuat pengayaan bagi yang berjaya mencapai objektif dan pemulihan bagi yang belum menguasai PdPc.
12.6 Guru bebas menggunakan kaedah pembelajaran yang akan digunakan di dalam kelas. Guru juga boleh menggabungkan lebih dari satu strategi dan kaedah pengajaran dalam satu-satu masa.
12.7 Pastikan objektif PdPc guru ditulis dengan jelas, dirancang dengan baik dan dilaksana dengan cemerlang dengan satu matlamat iaitu kejayaan dan kemenjadian murid.
12.8 Pembelajaran di luar bilik darjah juga digalakkan. Sesekali murid perlu diberi pendedahan luar bagi menambah ilmu pengetahuan.
12.9 Kolaborasi dengan kelas lain dan juga mata pelajaran lain juga digalakkan bagi mengajar murid mengenai pengajaran di dalam kelas mempunyai satu matlamat yang sama dan ia boleh digabung jalin bagi menambahkan daya saing dan pengetahuan.
12.10 Unsur KBAT mesti diterapkan dalam setiap PDPC agar murid daya berfikir yang tinggi dan dapat menyelesaikan pelbagai masalah dengan pelbagai kaedah.
13.0 GURU GANTI
13.1 Mana-mana guru yang berkursus, Cuti Rehat Khas, Cuti Sakit, Cuti Bersalin, Cuti Tanpa Rekod perlu memaklumkan kepada pentadbir lebih awal bagi urusan jadual ganti.
13.2 Guru yang berkursus khususnya, yang sudah mendapat makluman awal, perlu menyediaan bahan dan tugasan untuk murid yang ditinggalkan mengikut bilangan hari berkursus. (SPI) Bil 2 / 1981).
13.3 Guru yang bercuti (CRK) dikehendaki mengadakan jual beli Jadual Waktu dengan guru yang lain dan guru yang bercuti dikehendaki menggantikan semula PdP sebaik sahaja hadir bertugas.
13.4 Guru yang ditugaskan mengganti, wajib untuk masuk ke dalam kelas tersebut dan jalankan PdPc matapelajaran sendiri seperti biasa.
14.0 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
14.1 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dilaksanakan di sekolah berdasarkan kehendak KPM (Rujuk buku panduan pengurusan dan pelaksanaan PBS).
14.2 Jawatankuasa PBS adalah perlu dan lantikan Jawatankuasa terlibat merangkumi semua unit iaitu Kurikulum untuk PBD dan SEGAK, Ko Kurikulum untuk PAJSK dan HEM untuk Psikometrik.
14.3 Pelaksanaan PBD adalah mengikut takwim pelaksanaan yang telah disusun oleh jawatankuasa induk dan akan disebarluaskan melalui Telegram Rasmi Sekolah.
14.4 PBD boleh dilaksanakan mengikut kesesuaian masa guru di dalam kelas masing-masing. Rekod pelaksanaan PBD juga mengikut kesesuaian guru dengan syarat rekod atau eviden perlu ada bagi memudahkan guru membuat rujukan semasa membuat pentaksiran 2 kali setahun. (Rujuk Takwim Pentaksiran)
14.5 Guru wajib merujuk Garis Panduan Pelaksanaan PBD yang dikeluarkan oleh BPK. Guru dikehendaki memastikan data yang diisi adalah releven dan dipercayai dengan mempunyai bukti kesahihan data bagi memastikan hak murid untuk mendapat pencapaian tertinggi adalah benar.
14.6 Dialog Prestasi dijadikan amalan dan budaya agar semua guru perlu dapat menyediakan TOV / TP semua murid bagi semua mata pelajaran yang diajar.
14.7 Tentukan juga sasaran ETR bagi setiap murid sehingga akhir tahun sejajar dengan ketetapan yang guru sudah tetapkan di dalam borang keberhasilan PBPPP.
14.8 Penting untuk setiap guru membuat ketetapkan sasaran (ETR) atau headcount setiap murid, setiap mata pelajaran bagi mencapai KPI Kurikulum seluruhnya. Memahami headcount murid amat penting bagi menambahbaik PdP guru bagi mencapai objektif pembelajaran berasaskan DSKP dan DSKP Semakan.
14.9 Murid yang masih Belum Mencapai Tahap Minimum (BMTM), iaitu TP1 dan TP2 bagi semua mata pelajaran perlu dibincangkan dalam dialog Prestasi dan dilaksanakan Intervensi.
14.10 Bagi murid yang sudah mencapai TP5, guru-guru harus memimpin mereka untuk mencapai TP6. Sediakan program atau projek khas bagi memberi peluang kepada murid-murid ini menunjukkan kebolehan mereka kepada seluruh warga sekolah sebagai bukti mereka layak untuk mendapat TP6.
14.11 Panitia Mata pelajaran perlu memilih instrumen pentaksiran yang bersesuaian bagi panitia masing-masing. Setiap panitia diberikan mandat untuk memilih cara pentaksiran berdasarkan Bab 7 Garis Panduan Pelaksanaan PBD Edisi Kedua 2019.
14.12 Analisa Pentaksiran, perlu dibuat bagi setiap mata pelajaran dan disebarluaskan kepada semua guru untuk dijadikan panduan. Analisa yang sudah disiap akan disimpan di dalam fail panitia.
14.13 Pentaksiran Bertulis yang dinamakan Pentaksiran Dalaman juga boleh dijalankan mengikut kesuaian semasa sekolah.
14.14 Untuk pelaksanaan SEGAK, PAJSK dan Psikometrik, rujuk kepada jadual pelaksanaan yang akan di berikan oleh pihak KPM dan JPN.
14.15 Analisa bagi SEGAK, PAJSK dan Psikometrik mesti dibuat dan dikongsi bersama semua guru untuk pengetahuan, dan perekodan.
14.16 Bagi SEGAK, penyimpanan data SEGAK perlu dikongsi di dalam Shared Drive Kurikulum yang telah ditetapkan.
15.0 PEMANTAUAN DAN PENCERAPAN PdPc
15.1 Pemantauan dan pencerapan guru mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Pemantauan mengikut panduan Dokumen Standard 4, SKPMG2 dan Keberhasilan PBPPP.
15.2 Semua guru haruslah membaca dan memahami kehendak Borang Pemantuan Kendiri Standard 4 dan memahami kehendak borang Keberhasilan PBPPP bagi memudahkan guru membuat persediaan pemantauan dan pencerapan.
15.3 Faham setiap item pemantauan untuk memaksimakan markah pencapaian guru. Guru berhak untuk mempertikaikan markah yang diberi jika markah tidak relevan dengan kerja buat guru. Perbincangan dengan Pemantau adalah dibenarkan.
15.4 Semua guru mesti memahami tujuan pemantauan dan pencapaian adalah bertujuan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran guru bukannya bertujuan mencari kesalahan. Oleh yang demikian adalah penting bagi semua guru untuk bersedia dikritik untuk kebaikan Bersama.
15.5 Selain pencerapan PdPc, pemantauan Buku Latihan dan Buku kerja murid juga akan dibuat mengikut jadual yang telah disediakan. Guru berkenaan mesti menghantar sekurang-kurangnya 5 buah buku Latihan murid cemerlang, 5 murid sederhana dan 5 murid lemah untuk dinilai oleh pentadbir yang telah ditetapkan. Isi borang pemantauan dan Analisa dapatan daripada pemantauan sebagai usaha penambahbaikan dan motivasi.
15.6 Dalam pemantauan Buku Kerja, guru-guru diingatkan untuk meneliti dan mematuhi Dasar Latihan Minimum agar penggunaan buku kerja digunakan secara optimum.
16.0 PEMANTAUAN PENGURUSAN PANITIA
16.1 Pengurusan Panitia diletakkan sepenuhnya di bawah pengawasan Penolong Kanan Pentadbiran.
16.2 Penolong Kanan Pentadbiran akan menyelia semua perjalanan panitia sepanjang tahun.
16.3 Semua Fail Pengurusan Panitia akan disemak melalui Ketua Panitia masing- masing.
16.4 Perkara penting seperti Pelan Perancangan Operasi (PPO), Pelan Perancangan Strategik dan Taktikal perlu di buat dan dikemaskini dari semasa ke semasa.
16.5 Penentuan KPI panitia juga akan dipantau dan dilihat agar sentiasa selari dengan kehendak KPI Kurikulum.
16.6 Perbelanjaan Wang Peruntukan Kerajaan juga perlu dibelanja dengan berhemah oleh setiap panitia.
17.0 PEMANTAUAN BILIK-BILIK KHAS
17.1 Semua bilik khas mesti diurus dengan baik dan sempurna oleh guru yang telah dipertanggungjawabkan.
17.2 Rekod penggunaan bilik khas dan Peraturan Penggunaan perlu diwujudkan dan dikemaskini setiap masa.
17.3 Keselamatan bahan dan peralatan yang terdapat di bilik-bilik khas perlu diutamakan. Buku Stok peralatan juga perlu ada dan kemaskini.
17.4 Kunci bilik khas perlu mempunyai pendua dan salinan disimpan di pejabat supaya dicapai jika perlu.
18.0 PEMANTAUAN PENGURUSAN PENTAKSIRAN
18.1 Pengurusan Pentaksiran yang baik akan memastikan keputusan yang diterima murid akan relevan tanpa pertikaian.
18.2 Pemantauan pelaksanaan pentaksiran perlu dipantau supaya markah yang diberi adalah markah yang sah mengikut kelayakan murid.
18.3 Perjalanan pengurusan pentaksiran seperti Ujian Psikometrik, perlu dipantau agar perjalanannya lancar dan murid memberi tumpuan sepenuhnya semasa ujian dijalankan.
18.4 Bagi Ujian SEGAK, guru harus memastikan panduan perlaksaan setiap item penilaian dibuat dengan baik mengikut kehendak dan garis panduan yang betul. Penolong kanan dan jawatankuasa dilantik, perlu membuat pemantauan semasa guru menjalankan Ujian tersebut.
19.0 PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK
19.1 Program peningkatan akademik amat penting bagi memastikan kecemerlangan akademik sekolah sentiasa terjaga. Oleh itu Dasar Kurikulum akan sentiasa menyokong semua aktiviti panitia yang membawa kepada kecemerlangan murid.
19.2 Setiap program yang dirancang perlu melalui proses meneliti kepentingan.
“Think the first thing first”. Beri kepentingan peruntukan yang besar bagi program peningkatan bagi panitia yang amat memerlukan berdasarkan Analisa pencapaian murid. Jika Matematik memerlukan peruntukan atau bilangan program yang lebih untuk meningkatkan kecemerlangan Panitia tersebut, maka beri keperluan itu kepada panitia tersebut.
19.3 Untuk itu, jawatankuasa peningkatan akademik sekolah perlu berperanan membuat Analisa ini bagi menyusun program peningkatan secara tersasar dan mencapai objektif dengan tidak membazirkan masa, wang dan tenaga.
19.4 Jika perlu, kolaborasi program antara panitia, maka ianya amat digalakkan bagi menambah tenaga kerja dan memberi impak yang lebih baik kepada murid.
19.5 Kertas Cadangan mestilah dibuat terlebih dahulu sebelum ianya mendapat kelulusan daripada pihak pentadbir.
19.6 Kerjasama dengan unit HEM dan kaunseling amat penting setiap kali program dijalankan, maka diingatkan semua panitia untuk melantik Kaunselor sebagai salah seorang AJK tetap di dalam setiap program yang akan disusun.
19.7 Selepas program, pastikan penilaian program dibuat bagi penambahbaikan.
20.0 PERKEMBANGAN STAFF
20.1 Program Perkembangan Staff bagi meningkatkan professional guru wajib dilaksanakan.
20.2 Setiap panitia wajib menjalankan sekurang-kurangnya 1 program perkembangan staff setiap tahun samada secara bersendiri atau berkolaborasi dengan panitia yang lain.
20.3 Isi SPLKPM setiap kali PLC dijalankan. PLC secara tidak formal juga boleh dicatat sebagai perbincangan peningkatan professional guru.
21.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
21.1 Setiap tahun sejumlah peruntukan bagi unit kurikulum akan diserahkan kepada pihak sekolah untuk diurus.
21.2 Dalam mesyuarat Unit Kurikulum kali pertama, perbentangan jumlah peruntukan akan dibentangkan oleh PT Kewangan.
21.3 Semua panitia perlu mencatat peruntukan bagi panitia masing-masing.
Dengan jumlah peruntukan yang diberikan, panitia mesti merancang pengunaan wang peruntukan dengan baik.
21.4 Buat nota pinta jika perlu membeli keperluan panitia dan buat kertas kerja bagi penggunaan Program Peningkatan Akademik Murid.
22.0 PENYERTAAN PERTANDINGAN LUAR AKADEMIK
22.1 Sekolah amat mengalu-alukan penyertaan Pertandingan Luar Akademik di kalangan murid.
22.2 Mohon semua panitia untuk terus meningkatkan penyertaan Pertandingan Luar Akademik bagi memberi peluang kepada murid kita untuk sentiasa bersaing dan menonjolkan diri mereka di luar sana.
22.3 Rekod penyertaan murid dan pencapaian murid bagi penambahbaikan dan sebagai ganjaran untuk murid yang cemerlang.
23.0 PENENTUAN DAN PERUBAHAN DASAR KURIKULUM
23.1 Dasar kurikulum sekolah ditetapkan setiap tahun. Namun begitu ianya boleh diubah dan ditentukan semula mengikut keperluan dan perubahan semasa.
23.2 Semoga apa yang telah ditetapkan akan dijadikan panduan bagi semua guru bagi memastikan kita semua sederap langkah menuju satu hala tuju dan objektif.
Terima kasih cikgu...
ReplyDelete