Apakah Kandungan Bola Bowling ?
Bola Bowling ini sangat keras dan nampak sukar untuk dipecahkan terutama bola yang paling berat iaitu 16 pounds. Tetapi bola bowling yang paling ringan iaitu 6 pounds mudah untuk retak dan pecah. Kebiasaan pemain bowling menggunakan bola 10 pounds ke atas. Bola ini walaupun dilontar beribu kali dan di hentak di atas lane bowling, jarang berlaku bola tersebut pecah kepada dua bahagian. Bola tersebut boleh retak atau terbelah dua JIKA , bola tersebut di simpan di tempat yang panas dalam jangka masa yang lama.
Ini berlaku pada saya sendiri, di mana sewaktu PKP bola disimpan terlalu lama tidak digunakan, mungkin bahang cuaca panas. Apabila tiba masa saya hendak menggunakan bola tersebut, didapati bola tersebut telah retak.
Bola yang sudah retak
Empat biji semuanya bola yang disimpan semasa PKP telah retak. Ada sebiji retaknya amat besar dan saya cuba memecahkannya kepada dua bahagian untuk ditunjukkan kepada pelajar saya kandungan dalam bola tersebut. Tetapi tidak berjaya. Kita perlu menggunakan peralatan khas untuk membelah bola ini kepada dua bahagian.
Apa yang ada dalam bola bowling ?
Bola plastik atau Polyester kandungan dalamnya hanya material biasa yang berwarna putih itu sahaja. TETAPI bola bowling REACTIVE di bahagian tengahnya dan CORE.
Kandungan Dalam Bowling Ball |
Saya kongsikan video cubaan saya untuk memecahkan bola boling yang telah retak.
Saya kongsikan juga video yang saya dapat dari ProShop (Kedai menjual peralatan bowling) di Seri Iskandar. Lihat bahagian dalam bola bowling.