Nature

LATIHAN MATEMATIK TAHUN 4 UKURAN PANJANG

 LATIHAN MATEMATIK TAHUN 4 UKURAN PANJANG

PAK MALAU

Berikut adalah latihan ringkas untuk kegunaan semasa PDPc di dalam bilik darjah bagi Matematik Tahun 4 Tajuk Ukuran Panjang iaitu mengenal milimeter (mm) dan kilometer (km).

Klik untuk muat turun

Pada kali ini saya fokuskan kepada topik Ukuran Panjang iaitu mengenal mm dan km. Unit mm biasanya digunakan untuk mengukur objek yang kecil atau pendek, manakala Unit km pulak digunakan untuk menyatakan jarak antara dua tempat yang jauh seperti dari Ipoh ke Kuala Lumpur. 

Untuk hari ini, anda dikehendaki mengukur objek-objek yang kecil dan pendek dalam milimeter (mm). Anda boleh gunakan objek disekeliling anda atau di dalam bilik darjah anda. (Lihat dalam latihan yang diberikan).
Walaupun kita mengfokuskan kepada unit mm, tetapi anda juga perlu nyatakan unit dalam cm. Ini kerana pada pembaris anda kebiasaannya dalam unit mm dan cm. 
Lihat gambar di bawah.

Rajah 1

Gambar di atas menunjukkan sebatang pembaris yang berukuran 15 cm. Pembaris ini biasa digunakan oleh pelajar. Jika dalam mm, pembaris ini berukuran 150 mm. Lihat 1 sengatan merupakan 1 mm. Dari 0 ke 1 ada 10 sengatan, bermaksud 10 mm bersamaan dengan 1 cm. 

Anda boleh muat turun latihan tersebut dan selamat mencuba.
Terima kasih
Datanglah lagi ke Blog Cikgu Pak Malau.



Terima kasih
Jom ke Channel Youtube Pak Malau
www.youtube.com/pakmalau

Previous Post Next Post