Nature

LATIHAN MATEMATIK TAHUN 5 UKURAN PANJANG

LATIHAN MATEMATIK TAHUN 5 UKURAN PANJANG


PAK MALAU

Berikut adalah latihan ringkas untuk PDPc di dalam kelas berkaitan Tajuk Ukuran Panjang Matematik Tahun 5. 

Klik untuk muat turun
Pada kali ini saya terangkan bagaimana untuk menukar unit ukuran panjang melibatkan Milimeter (mm) dan Sentimeter (cm).

Untuk menukar mm kepada cm, anda perlu menggunakan operasi darab. Darab dengan berapa? Anda perlu darap 10 kerana hubungan antara mm dan cm ialah 10 mm bersamaan dengan 1 cm. Lihat rajah di bawah.

Rajah 1
Berdasarkan gambarajah di atas, bermaksud jika anda hendak menukar cm ke mm (ikut atas) anda perlu darab dengan 10. 
Contohnya:

1. 4 cm bersamaan dengan 4 cm X 10 ialah 40 mm. 
2. 6.2 cm ialah 6.2 cm X 10 bersamaan dengan 62 mm.
3. Jika melibatkan pecahan, lihat contoh di bawah


Sebaliknya jika ingin menukar mm ke cm, anda perlu menggunakan operasi bahagi. (Rujuk Rajah 1, anak panah ke bawah). 
Contohnya:

1. 30 mm bersamaan 30 mm ÷ 10 ialah 3 cm
2. 250 mm bersamaan 250 mm ÷  10 ialah 25 cm

Semoga penerangan ringkas ini membantu.
Anda boleh muat turun latihan tersebut
Selamat mencuba.

Terima kasih
Jom ke Channel Youtube Pak Malau
www.youtube.com/pakmalau

Previous Post Next Post