Malaysia Madani
Maksud madani:-
[Arab] maju sari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan (berkenaan (dengan) masyarakat, generasi dan sebagainya)
[Arab] maju sari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan (berkenaan (dengan) masyarakat, generasi dan sebagainya)
usaha untuk membentuk masyarakat - dengan menyemaikan nilai-nilai murni kekeluargaan, kurikulum itu juga terarah kepada pembinaan masyarakat.
Kerangka dasar diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 19 Januari 2023.
TONGGAK DASAR
M - keMampanan
A - kesejAhteraan
D - Daya Cipta
A - HormAt
N - keyakiNan
I - Ihsan
M - keMampanan
A - kesejAhteraan
D - Daya Cipta
A - HormAt
N - keyakiNan
I - Ihsan
Agenda
- Menumpukan kepada penyelesaian masalah
- Memenuhi keperluan semasa negara
- Menyentuh pencorakan masa depan
- Memenuhi potensi rakyat dan negara
Sasaran
Menjadikan dasar setiap teras yang akan diteroka bagi memperkukuh:
- Ekonomi dan Kewangan
- Perundangan
- Institusi
- Pendidikan
- Kemasyarakatan
- Budaya
- Bandar
- Luar Bandar
ENAM RUKUN MALAYSIA MADANI
1. Kemampanan
Kemampanan mensyaratkan kesejahteraan dan keseimbangan, dengan pengertian saling menghormati dan mengasihi sesama manusia, dan juga terhadap alam sekitar termasuk haiwan dan tumbuhan. Ia lebih daripada sekadar pemeliharaan alam sekitar tetapi juga soal memelihara kebajikan haiwan dan mutu kehidupan manusia.
Kemampanan mensyaratkan kesejahteraan dan keseimbangan, dengan pengertian saling menghormati dan mengasihi sesama manusia, dan juga terhadap alam sekitar termasuk haiwan dan tumbuhan. Ia lebih daripada sekadar pemeliharaan alam sekitar tetapi juga soal memelihara kebajikan haiwan dan mutu kehidupan manusia.
2. Kesejahteraan
Kalimat sejahtera sering membawa makna keseimbangan, atau lebih tepat lagi kehidupan dan segala sisinya yang terangkum dalam keseimbangan. Mewujudkan kesejahteraan rakyat justeru haruslah mengambil kira sikap yang baik dan mampan.
Kalimat daya cipta mengandungi beberapa konotasi, antaranya pembaharuan, reka cipta dan reka bentuk. Rekaan itu sendiri merupakan teras utama daya cipta. Perbuatan mereka sesuatu boleh difahami sebagai tindakan menggubah secara kreatif.
4. Hormat
Kalimat hormat mengandungi konotasi maruah manusia. Suatu kalimat lain yakni adab, yang berasal daripada bahasa Arab, mengandungi yang sama konotasi seperti budi bahasa, kesopanan dan ketawadukan, dan dilihat bukan semata sebagai asas kepada tingkah laku tetapi juga sebagai asas kepada sebuah peradaban.
5. Keyakinan
Keyakinan punyai kaitan yang erat dengan amanah, yakni suatu ikrar pertanggungjawaban moral duniawi dan ukhrawi. Amanah menjadi unsur pokok yang bertanggungjawab menjamin ketenteraman dalam banyak masyarakat sepanjang sejarah.
6. Ihsan
Ihsan merupakan sinonim dengan makna peduli dan belas kasihan. Demikian, mengasihi orang lain, keluarga, sahabat handai, jiran tetangga dan masyarakat secara keseluruhannya, terutama kelompok minoriti. Perasaan ihsan itu adalah soal menyelami penderitaan dan kemelaratan orang lain, lalu berusaha untuk mencari jalan bagi mengubatinya.
7 TERAS - Kementerian Pendidikan
1. Komunikasi antara kementerian dan sekolah lebih cekap dan telus
2. Memberi penekanan kepada aspek karamah insaniah melalui pembentukan adab, akhlak dan integriti.
3. Kemiskinan berbilang dimensi B40: malnutrisi, peranti dan ruang belajar.
4. Keciciran pendidikan dan masalah literasi, rapatkan kesenjangan pendidikan.
5. Kebajikan guru sebagai teras keberkesanan penyampaian pendidikan.
6. Ubah suai dan naik taraf sekolah daif terutama Sabah dan Sarawak.
7. Peningkatan keupayaan pendidikan digital di sekolah