Nature

INTONASI DALAM BAHASA MELAYU

 Intonasi Dalam Bahasa Melayu

intonasi dalam bahasa melayu, pak malau

Intonasi ialah nada suara yang turun naik atau tinggi rendah sewaktu bercakap berdasarkan jenis dan bentuk ayat yang disampaikan.

Terdapat 4 tingkat nada yg biasa ditandai dgn angka 1, 2, 3 dan 4.  Angka 1 menandai nada yang paling rendah dan angka 4 pula menandai angka paling tinggi.

Peranan Intonasi

Fungsi Emosional

Digunakan untuk menyatakan pelbagai makna, sikap seperti kegembiraan, kebosanan, kemarahan, kekejutan, kekecualian, ketakutan dan ratusan sikap yang lain.

Fungsi Gramatis

Digunakan untuk menandakan kontras dari segi tatabahasa terhadap sesuatu ujaran, sama ada sesuatu klausa atau ayat itu berupa pertanyaan atau pernyataan, positif atau negatif dan lain-lain.

Fungsi Struktur Informasi

Digunakan untuk memberi sesuatu yang baru berbanding dengan yang telah dimaklumkan di dalam makna sesebuah ujaran, iaitu dgn menekankan kata yang membawa makna tersebut.

Fungsi Tekstual

Digunakan untuk membentuk nada dan gaya suara turun naik bg wacana yang lebih luas seperti pembacaan teks berita yang membezakan satu berita dengan berita yang lain.

Fungsi Psikologis

Digunakan untuk membentuk kita menggubah bahasa menjadi unit-unit ujaran yang mudah dilihat dan diingat seperti belajar urutan nombor yang panjang atau ungkapan di dalam ucapan.

Fungsi Indeksikal

Digunakan utk menandai identiti seseorang, iaitu membantu mengenali seseorang sama ada tergolong di dalam kumpulan sosial atau pekerjaan yang berbeza seperti khatib, penjual ubat atau ahli politik


Terima kasih
Jom ke Channel Youtube Pak Malau
www.youtube.com/pakmalau

Previous Post Next Post