KONSEP STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK
Strategi merujuk kepada cara atau langkah yang harus dilakukan untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan pula, merupakan satu set andaian yang membentuk sifat bahasa serta pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Beberapa kaedah yang diperkenalkan dalam tajuk ini (Kaedah Natural, Kaedah Tatabahasa Terjemahan, Kaedah Terus dan lain-lain lagi) memperlihatkan perancangan secara teratur, kemas dan sistematik bagi memastikan pencapaian objektif dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Teknik pengajaran yang dicadangkan dalam tajuk ini melibatkan pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku, misalnya teknik drama untuk mencapai sesuatu objektif.
Terdapat hubungan yang saling berkaitan antara strategi, pendekatan, kaedah dan teknik sebagaimana berikut:
1. Strategi
Strategi merupakan konsep yang melibatkan proses merancang untuk menentukan tindakan ke arah mencapai sesuatu matlamat. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran (khususnya pengajaran dan pembelajaran bahasa), strategi bermaksud cara atau langkah atau tindakan yang mesti dilaksanakan untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa, strategi lebih menjurus dan menumpukan kepada pencapaian atau hasil pembelajaran.
2. Pendekatan
Pendekatan merupakan satu set andaian yang membentuk sifat bahasa, pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan.
• Pendekatan induktif
• Pendekatan deduktif
• Pendekatan eklektik
• Pendekatan komunikatif
• Pendekatan oral
3. Kaedah
Kaedah pengajaran ialah satu perancangan atau prosedur bagi melaksanakan sesuatu pengajaran secara teratur, kemas, dan sistematik. Kaedah merupakan langkah-langkah pengajaran yang tersusun rapi dan berkesinambungan yang harus diikuti dengan sesuai bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran. Antara kaedah yang dicadangkan untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran guru adalah seperti berikut:
• Kaedah natural
• Kaedah tatabahasa terjemahan
• Kaedah terus
• Kaedah ajuk hafaz
• Kaedah linguistik
• Kaedah kod – kognitif
• Kaedah situasional
• Kaedah bahasa komuniti
• Kaedah oral – Aural
4. Teknik
Teknik adalah pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Di antara teknik yang dicadangkan adalah seperti berikut:
• Teknik drama
• Teknik permainan bahasa
• Teknik perbincangan
• Teknik bercerita