Nature

PASANG SENDIRI KOMPUTER | CUSTOM PC

 JOM PASANG SENDIRI KOMPUTER

custom pc pak malau

Saya telah menggunakan komputer Jenama Acer selama lebih 5 tahun. Komputer Acer Aspire XC-780 Intel (R) Core (TM) i5-6400 CPU 2.70GHz 16GB RAM. Komputer (PC) ini jenis slim dan saya tidak boleh untuk menambah GPU atau Graphic Card. 

Hasrat untuk menukar PC ini telah lama saya impikan, tetapi saya tidak mahu membeli PC yang telah siap tetapi saya hendak memasang sendiri PC saya. 

Saya bermula dengan mencari Prosessor (CPU) Intel i7. Saya dapat satu CPU Intel i7 8700 3.20GHz Soket 1151.  Agak bagus juga CPU ini. Selepas itu saya mula mencari Motherboard yang sesuai dengan CPU tadi.

Maka, saya dapat satu Mobo GIGABYTE H310M S2 2.0 SOCKET 1151 - H310 ASUS dengan harga mampu milik sekitar RM 250.00. Tidak cukup dengan itu, saya mencari GPU yang mampu milik kerana pada masa ini harga GPU amat mahal. Saya mendapat GPU yang terpakai iaitu GTX750 dengan harga RM 164.00.

Hardware lain yang saya perlukan Cpu Fan RM 19.90, 2 keping RAM DDR4, agak mahal. DDR4 8GB 2400Mhz, 2 keping hampir RM 200.00. Kingston SSD 480GB dengan harga RM 150.00.

Hardware lain seperti 2 monitor, keyboard, mouse, speaker, sound card, web cam dan sebagainya saya gunakan semula yang lama.

Spec PC lama saya


Spec PC baru

Tonton video cara saya memasang PC tersebut
PART 1

PART 2

Semoga bermanfaat
Jangan Lupa Subscribe dan Share video-video saya
Terima kasih.

Terima kasih
Jom ke Channel Youtube Pak Malau
www.youtube.com/pakmalau

Previous Post Next Post