Nature

PROSODI DAN SUPRASEGMENTAL

PROSODI DAN SUPRASEGMENTAL

PROSODI DAN SUPRASEGMENTAL, PAK MALAU

Prosodi dan Suprasegmental kajian tentang pelbagai aspek intonasi seperti tekanan, panjang, tona dan persendian.

INTONASI

Turun naik atau tinggi rendah nada suara dalam bahasa Melayu. Intonasi mempunyai peranan yang amat penting dalam ayat berbanding perkataan. Dalam intonasi terkandung tekanan, panjang, tona dan persendian.   

TEKANAN

Unsur tekanan adalah bunyi suprasegmental  yang dihasilkan  bersama perkataan atau suku kata. Bunyi tekanan diberi lambang [ ‘ ] Dalam bahasa Melayu tekanan kuat selalu berlaku pada suku kata kedua dalam perkataan. 
    Cth: [ru’mah] / [kam’pung] –  bahasa Melayu tidak distingtif
         bahasa Inggeris distingtif 
          / ‘export/  –mengeksport
          / ex’port /– benda yang dieksport
Panjang
Ada bunyi yang panjang ada bunyi yang pendek. Ia bukanlah bunyi biasa yang diucapkan dengan panjang. Dalam bahasa Melayu unsur ini tidak ada. Walaupun mana-mana bunyi boleh dipanjangkan tetapi tidak distingtif. Unsur panjang ini diberi lambang [.] ½ mora, [:] 1 mora dan [::] 2 mora. 
Cth: /sip/ = kapal manakala /si:p / = kambing biri-biri.

TONA

Unsur lagu yang ada pada sesuatu perkataan. Tona juga menggunakan unsur lain seperti nada, kelantangan, tekanan dan panjang yang menimbulkan pola lagu dalam perkataan atau ayat. Bahasa Melayu tona hanya ada dalam ayat tidak perkataan. Tetapi dalam bahasa Mandarin tona terdapat dalam perkataan dan distingtif.
   Cth: 
          tona datar           /- ma/ = ibu
          tona meninggi        /  ma/   = guni
          tona turun naik       / ma/  = kuda
          tona menurun        / ma/   = marah 

 PERSENDIAN

Persendian ialah unsur senyap dalam ujaran [+] dan dapat memisahkan perkataan dan membawa perubahan makna. 
   Cth: /basuhkan+tin/  basuh tin
          /basuh+kantin/  basuh kantin

Terima kasih
Jom ke Channel Youtube Pak Malau
www.youtube.com/pakmalau

Previous Post Next Post