TEORI HURAIAN BAHASA
Terdapat empat Teori Huraian Bahasa yang dimuatkan dalam tajuk ini:
• Teori Tatabahasa Tradisional
• Teori Struktural
• Teori Transformasi Generatif
• Teori Fungsional
Teori Tatabahasa Tradisional ini menganggap ilmu tatabahasa bersifat sejagat dan kajian berkaitannya berasaskan hukum. Teori Struktural pula melihat bahasa sebagai alat pertuturan, bersistem serta bersifat arbitrari dalam konteks perhubungan. Noam Chomsky, salah seorang pelopor Teori Transformasi Generatif menekankan bahawa bahasa ialah satu sistem tentang rumus bahasa. Fungsi dan penggunaan bahasa menentukan struktur sesuatu bahasa pula merupakan pegangan Teori Fungsional.
1. Teori Tatabahasa Tradisional (Panini)
• Teori paling tua
• Antara Ahli Linguistik membuat huraian bahasa berdasarkan teori ini ialah Plato dan Aristotle (bahasa Yunani),Panini (bahasa Sanskrit),Pendita Za’ba dan Prof. Asmah Hj. Omar (bahasa Melayu)
• Kajian berdasarkan bahasa bertulis. Ahli bahasa Arab mengkaji Al-Quran
• Ilmu tatabahasa bersifat sejagat dan kajian berdasarkan hukum
• Penggolongan kata berdasarkan makna perkataan dan logik
• Ayat didefinisikan sebagai ucapan yang mengandungi fikiran yang lengkap
2. Teori Struktural (Bloomfield)
• Kajian tentang fonem dan morfem serta kaitan antara fonem, morfen dan ayat.
• Bahasa sebagai alat pertuturan, bersistem, arbitrari dan untuk perhubungan
• Ahli-ahli bahasa ini banyak mengumpulkan bahan pertuturan dan mementingkan fakta-fakta yang boleh diperhati
• Huraian bahasa berdasarkan konstituen terdekat.
3. Teori Tranformasi Generatif (Noam Choomsky)
• Bahasa ialah satu sistem mengenai rumus bahasa.
• Ayat mempunyai struktur dalaman dan luaran.
• Pengetahuan bahasa merupakan satu fenomena mental.
• Penutur dilahirkan dengan pengetahuan semula jadi berbahasa.
• Bahasa bersifat sejagat dan kreatif.
4. Teori Fungsional (Haliday)
• Struktur bahasa mengikut fungsi dan penggunaan dalam bahasa.
• Kajian tentang perubahan yang berlaku pada struktur bahasa ketika berkomunikasi dan mementingkan semantik.
• Kajian menekan aspek perubahan bahasa ketika berkomunikasi.
• Terdapat fungsi sosial yang terdiri daripada tiga fungsi, iaitu fungsi idea, fungsi interpersonal dan fungsi tekstual.
• Fungsi sosial bahasa memainkan peranan yang penting dalam pembentukan sistem bahasa.