TEORI PEMEROLEHAN BAHASA
Empat Teori Pemerolehan Bahasa :-
• Teori Behaviorisme
• Teori Kognitif
• Teori Mentalis
• Teori Interaksionalisme
Teori Behaviorisme yang dipelopori oleh Bloomfield menyatakan proses pembelajaran bahasa memerlukan penekanan kepada latihan dan pengulangan yang banyak untuk membentuk kebiasaan. Manakala Teori Kognitif dikatakan bersifat mentalis kerana ia cuba menghubungkan realiti mental dengan laku bahasa yang sebenarnya. Teori Mentalis pula merujuk kepada pemerolehan bahasa yang mementingkan proses pemikiran. Teori Interaksionalis melihat aktiviti komunikasi semasa berinteraksi penting dalam mempengaruhi pemerolehan bahasa kanak-kanak.
1. Teori Behaviorisme
• Dipelopori oleh oleh Bloomfeild, Edward Sapir, Boas dan Brooks.
• Proses pembelajaran bahasa menekan latihan dan pengulangan yang banyak untuk membentuk kebiasaan.
• Pembelajaran bahasa perlu pengukuhan dan pembetulan serta merta.
• Latih tubi amat digalakkan
• Pengajaran bahasa mementingkan persekitaran termasuk guru, rakan serta suasana dalam bilik darjah.
2. Teori Kognitif
3. Teori Mentalis
• Dipelopori oleh Chomsky
• Pemerolehan bahasa mementingkan proses pemikiran
• Mengutamakan kemahiran membaca dan menulis
• Pengajaran tatabahasa diajar secara formal
4. Teori Interaksionalisme
• Mementingkan aktiviti komunikasi.
• Pemerolehan bahasa melibatkan proses kognitif dan proses interaksi bahasa.
• Melalui interaksi kanak-kanak menguasai bahasa.