TERIMA KASIH AKADEMI YOUTUBER MALAYSIA
Syukur alhamdulilah berkat kesabaran dan kesungguhan akhirnya berjaya mendapat sijil Pengikhtirafan daripada Akademi Youtuber Malaysia sebagai seorang Blogger Pendidikan. Terima kasih sekali lagi kepada AYU yang tidak jemu-jemu membimbing dan mendidik ahli-ahlinya dalam ilmu pendigitalan Pendidikan. Selepas mendidik ahli-ahlinya dalam ilmu YOUTUBER, dan ramai yangtelah berjaya sebagai Youtuber Pendidikan, kini beralih arah kepada Blogger pulak.
Sesungguhnya ilmu BLOGGER ini bukan mudah untuk dipelajari dan guru-guru perlukan komitmen dan minat yang mendalam untuk menjadi seorang BLOGGER. Tujuannya tidak lain untuk menyampaikan ilmu berkaitan pendidikan kepada semua.
Semoga lama blog ini juga menjadi salah satu lagi pelantar untuk menyampaikan ilmu berkaitan dengan pendidikan dalam usaha KPM untuk mengdigitalkan Dunia Pendidikan masa kini.
#bermulapercumaselamanyapercuma
#kitabantukita
#akademiyoutuber