Nature

PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME

Pelaksanaan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Secara Konstruktivisme

pembelajaran konstruktivisme

Apakah pembelajaran konstruktivisme?

Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, IPG dan universiti tetapi tidak begitu ketara dan tidak ditekankan.

Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan sekolah tidak boleh dipindahkan daripada guru kepada murid dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu membina sesuatu pengetahuan mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan di sekolah ialah satu skema iaitu aktiviti mental yang digunakan oleh murid sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui murid adalah realiti yang dia bina sendiri. Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka.

Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untik dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme. Beberapa ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid. 

Seorang guru perlu melaksanakan pengajaran supaya murid dapat membina atau membentuk idea baru dan bukan menerima idea tersebut dan murid menjana secara aktif makna daripada setiap satu pengalaman yang dilalui dalam proses pembelajaran. Murid perlu asimilasikan idea baru atau menyesuaikan (accommodate) idea yang sedia ada.

Prinsip Konstruktivisme

  • Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan murid yang boleh membina pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini menjadikan murid lebih faham, yakin, dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang hayat.
  • Murid cuba memperoleh pemahaman mengenai pengalaman baru dan fenomena dengan cara membentuk atau membina makna mengenai perkara tersebut.
Konstruktivisme - Pembelajaran dilihat sebagai
  • Pengubah idea
  • Pembinaan dan penerimaan idea baru
  • Penstrukturan semual idea sedia ada
Pandangan konstruktivisme
  • Murid membina atau membentuk idea baru dan bukan menerima idea tersebut dan murid menjana secara aktif makna daripada setiap satu pengalaman yang dilalui.
Amalan Pengajaran Konstruktiviems
  • Penggunaan data mentah dan sumber primer, berserta bahan manipulatif, interaktif dan fizikal membolehkan murid-murid memperoleh peluang serta membina pengalaman dan kemahiran dalam membentuk pengetahuan baru atau menstruktur semula konsep alternatif mereka.
  • Tugasan pembelajaran yang melibatkan kemahiran kognitif seperti mengelas dan meramal akan meningkatkan kemahiran berfikir peringkat tinggi, membantu murid membina konstruk sendiri sama ada melalui proses asimilasi konsep baru atau mahupun menyesuaikan konsep sedia ada.
  • Pengetahuan sedia ada murid  membantu mereka mengikuti pembelajaran seterusnya. Pembelajaran seterusnya direka bentuk bersesuaian dengan perkembangan konstruk murid supaya proses pembelajaran tersebut bermakna kepada mereka.
  • Pengetahuan diperoleh secara kognitif dan interaksi dengan individu dan alam sekeliling.
  • Pengetahuan diperoleh daripada kontradiski mental yang terbit daripada interaksi murid dengan alam sekeliling. 
  • Murid-murid membina idea atau konsep baru berdasarkan pengetahuan yang lalu & sedia ada.
  • Murid-murid memilih maklumat, membina hipotesis dan membuat keputusan melalui proses mengintegrasi dan menyusun pengalaman mereka ke dalam struktur mental yang sedia ada.
Murid-murid mempunyai tanggungjawab terakhir ke atas pembelajaran mereka sendiri.


Terima kasih
Jom ke Channel Youtube Pak Malau
www.youtube.com/pakmalau

Previous Post Next Post