Pelaksanaan Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Secara Masteri.
Apakah Pembelajaran Masteri ?
Pembelajaran Masteri adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokus kepada penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang dipelajari. Melalui pembelajaran Masteri murid diberi peluang untuk maju mengikut kebolehan dan kadar pembelajaran mereka sendiri serta dapat mempertingkatkan tahap penguasaan pembelajaran.
Konsep
Pembelajaran Masteri merupakan suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan proses pengajaran dan pembelajaran yang terancang dan berkualiti serta berpandukan tahap penguasaan murid.
Tahukah anda bahawa pelaksanaan Pendekatan Pengajaran Masteri dapat memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dikehendaki dalam jangka masa yang telah ditetapkan.
Peranan Guru Dalam Pembelajaran Masteri
1. Peranan guru adalah sebagai pemimpin, pengajar dan fasilitator pembelajaran.
2. Guru tidak perlu membuat perubahan yang besar dalam melaksanakan pembelajaran masteri kerana lengkah-langkah tersebut di atas sudah disarankan dalam KBSR dan KBSM secara tersirat.
3. Tugas guru dalam pelaksanaan pembelajaran masteri ialah:
- Menentukan hasil pembelajaran untuk dikuasai;
- Mengubahsuaikan kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk pembelajaran masteri;
- Melatih pelajar dalam kemahiran belajar dan kemahiran berfikir supaya mereka dapat menjadi pelajar berdikari;
- Mengenal pasti pelajar yang belum dan sudah menguasai apa yang diajar melalui ujian diagnostik;
- Menjalankan aktiviti pemulihan dan pengayaan; dan
- Menilai prestasi pelajar melalui ujian sumatif.
- tahu akan hasil pembelajaran untuk dikuasai
- belajar dengan tekun, tabah dan bermotivasi
- betul-betul memahami dan menguasai apa yang diajar
- memberitahu guru tentang perkara yang belum difahami atau dikuasai
- membuat kerja pemulihan atau kerja pengayaan yang diberi