Nature

PENDEKATAN KONTEKSTUAL

 Pendekatan Kontekstual

pendekatan kontekstual

Apakah pendekatan kontekstual ?

Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian individu masyarakat, dan alam pekerjaan. Pembelajaran kontekstual disampaikan dalam persekitaran yang pelbagai, secara konkrit yang melibatkan latih amal dan berfikir. Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baru secara bermakna dan menghayati kerelevanan pembelajaran dengan kehidupan mereka.

Pengajaran-pembelajaran kontekstual menegaskan konsep pengajaran dan pembelajaran yang membolehkan guru menghubungkan kandungan mata pelajaran dengan situasi sebenar. Ini akan memotivasi murid untuk membuat perkaitan antara pengetahuan dengan kehidupan seharian mereka sebagai ahli keluarga, warga masyarakat dan pekerja. 

Kaedah kontekstual, iaitu kaedah yang dibentuk berasaskan maksud kontekstual itu sendiri, murid boleh memahami isi dan konsep yang berkaitan dengan kehidupan seharian mereka. 

Menurut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya berlaku apabila murid memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara tertentu sehingga mereka memahami maksud dalam kerangka rujukan mereka sendiri (memori, pengalaman dan tindak balas sendiri).

Pendekatan pembelajaran dan pengajaran seperti ini mengandaikan minda akan mencari maksud dalam konteksnya secara semula jadi, iaitu berkait dengan persekitaran semasa seseorang itu. Ini berlaku dengan cara pencarian hubungan yang diterima akal dan kelihatan bermakna.

Ia menggalakkan pendidik memilih dan/atau membina persekitaran pembelajaran yang menggabungkan seberapa banyak pengalaman sosial, fizikal, psikologikal, ke arah mencapai hasil pembelajaran yang diinginkan. Dengan demikian, murid menemui perhubungan yang bermakna antara idea abstrak dan aplikasi praktikal dalam konteks alam yang nyata. 

Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti “hands-on” (aktiviti) dan pemikiran, iaitu “minds-on”

Umumnya, pembelajaran kontekstual membolehkan:-

  • pengajaran dan pembelajaran lebih menarik
  • meningkatkan minat
  • pembelajaran realistik, praktikal
  • pengalaman konkrit, penglibatan langsung murid
  • menyuburkan pemikiran kreatif
Kelemahan pendekatan kontekstual

  • tahap kefahaman  dan kesediaan guru
  • kekangan masa - persediaan dan mencapai matlamat
  • sukar mendapatkan situasi pembelajaran sebenar bagi item  pengajaran dan pembelajaran
  • kawalan aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid menjadi semakin kompleks
  • hanya sesuai dalam kalangan murid-murid yang mempunyai tahap pencapaian tinggi.

Terima kasih
Jom ke Channel Youtube Pak Malau
www.youtube.com/pakmalau

Previous Post Next Post