Nature

SANTAI DI DUSUN RIFFAA CHANGLUN

 DUSUN RIFFAA CHANGLUN

DUSUN RIFFAA CHANGLUN

Kali ini saya berkesempatan untuk melawat ke Dusun Riffaa Changlun. Tempat yang baharu dibuka ini amat sesuai untuk santai bersama keluarga sambil MENIKMATI makanan yang sedap masakan ala-ala Thai. 

Anda juga boleh mandi manda di sungai. Juga disediakan kemudahan pondok/chalet untuk disewa. Tempat ini hanya beroperasi dari Jam 11.00 pagi hingga 7.00 petang sahaja. Bagi yang hendak bermalam, anda boleh lupakan hasrat tersebut.


Cara paling mudah hendak ke lokasi ini, anda guna lebuh raya utara selatan dan ambil laluan ke UUM. Anda buat pusingan U berhampiran Restoran Bonda dan masuk jalan di belakang restoran kemudian belok kanan. Selepas itu anda akan jumpa petunjuk arah ke Dusun Riffaa ini. Anda tidak akan sesat, Insay Allah. Pastikan anda melalui Pondok Moden Darussalam Changlun dan anda teruskan perjalanan mengikut petunjuk yang ada di sepanjang jalan. Insya Allah anda akan sampai dengan selamat.

JOM TENGOK VIDEO PERJALAN KE DUSUN RIFFAA




Suasana di Dusun Riffaa Changlun










Terima kasih
Jom ke Channel Youtube Pak Malau
www.youtube.com/pakmalau

Previous Post Next Post