Nature

TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN - LATIH TUBI

 TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN - LATIH TUBI

teknik latih tubi

Teknik latih tubu adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari.

Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disampimg menjamin kekekalannya.

Ia sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu

Boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting.

Melalui teknik ini pelajar akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang penggunaan perkataan-perkataan itu.

Berasakan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual) yang biasanya digunakan dalam pengajaran bahasa kedua.

Mengikut teknik ini, perhatian akan diberikan kepada 5 aspek kebolehan menggunakan bahasa iaitu :

        I. Sebutan (accent)

        -menyebut patah-patah perkataan atau sukukata dengan betul termasuk intonasi yang membawa             makna dalam sesuatu situasi. 

        II. Tatabahasa (grammer)

            -penggunaan bahasa yang tepat mengikut hukum-hukum bahasa daripada semua aspek. 

        III. Perbendaharaan kata (vocabulary)

            -meluaskannya dengan penggunaan imbuhan yang sesuai mengikut konteksnya dalam situasi                 tertentu. 

        IV. Kefasihan (fluency)

            -menggunakan perkataan dan lain-lain dengan cara spontan tanpa memikirkan apakah                             maksudnya. 

        V. Kefahaman (comprehension)

            -latihan memahami soalan dan memberikan jawapan yang wajar.

Teknik ini dikenali juga dengan teknik menghafaz.

Antara kelemahan tekni ini ialah ia menghadkan kebebasan berfikir dan menumpukan daya kreativiti murid.

Namun begitu, teknik ini amat berguna dan sesuai untuk isi kandungan pengajaran yang memerlukan ikutan dan ulangan.


Terima kasih
Jom ke Channel Youtube Pak Malau
www.youtube.com/pakmalau

Previous Post Next Post