Nature

SASTERA DALAM PENGISIAN KURIKULUM BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

 SASTERA DALAM PENGISIAN KURIKULUM BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

SATERA DALAM BAHASA MELAYU

Definisi Sastera

  1. Secara harfiah, perkataan sastera bermaksud huruf, tulisan, atau karangan biasanya berbentuk buku.
  2. Maka perkataan sastera juga membawa maksud buku.
  3. Dalam sastera tradisi, semua buku dianggap sebagai hasil sastera.
  4. Istilah ‘kesusasteraan’ berakar daripada kata ‘susastera’ dalam bahasa Sanskrit. Suku kata ‘su’ bermaksud indah, baik, lebih berfaedah. 
  5. ‘sastera’ bermaksud huruf atau buku.
  6. Daripada kata ‘susastera’ telah diberikan imbuhan apitan ‘ke-…-an’ yang menghasilkan bunyi ‘kesusasteraan’ bertujuan memberi keindahan bunyi
  7. Kesimpulannya kesusasteraan bermaksud kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya. Indah dari segi pendengaran, emosi, imaginasi dan baik kerana hasil karya itu dapat diteladani.
Unsur Sastera
  • Matlamat dan strategi yang memanfaatkan karya sastera sebagai bahan ajar bahasa.
  • Di sekolah rendah unsur sastera diserap dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
  • Bahan sastera yang digunakan dalam pengajaran Bahasa Melayu adalah seperti puisi, cerpen, novel, bahasa berirama, drama dan sebagainya. 
  • Juga diserap melalui penggunaan bahan sastera itu sendiri. 
  • Contohnya, seawal tahap satu, murid-murid telah didedahkan dengan pantun dua kerat, nyanyian rakyat dan petikan cerita yang semuanya ialah kelangsungan daripada sastera itu sendiri.
  • Menganjak ke tahap dua, murid-murid pula didedahkan pula dengan bahan sastera seperti syair, seloka, gurindam, nazam, sajak, drama dan sebagainya.
  • Seandainya bahan sastera ini dapat dipersembahkan dengan pengajaran yang berkesan, tidak mustahil murid-murid akan jatuh cinta dengan sastera.  
Asas Penggunaan Bahan Sastera

1. Membantu meningkatkan kesedaran murid akan nilai-nilai akal budi. 
2. Membentuk kepekaan murid tentang pelbagai aspek budaya dan kehidupan masyarakat. 
3. Membantu murid mematangkan emosi. 
4. Melatih murid membaca karya sastera dengan strategi yang tepat
5. Membentuk kepekaan murid terhadap variasi bahasa yang wujud dalam teks karya sastera
6. Menghayati keunikan gaya bahasa individu seseorang pengarang.

Peraturan Sosiobudaya
  • Peraturan sosiobudaya dalam Kurikulum Bahasa Melayu merangkumi kesantunan bahasa, laras bahasa dan peribahasa yang diamalkan dalam kalangan masyarakat Malaysia.
  • Peraturan sosiobudaya ini mencerminkan falsafah dan keperibadian masyarakat Malaysia.
  • Kesantunan dan laras bahasa penting kepada keperibadian masyarakat Melayu kerana mereka masih mengamalkan adat resam yang sangat sinonim dengan Melayu supaya murid-murid dapat mengetahui ciri-ciri kaum Melayu agar mereka dapat mengenali jati diri mereka sendiri.
  • Sebagai contohnya, mereka tidak melupai asal usul tanah air walaupun jauh berkelana mencari ilmu dan menguasai bahasa asing, tidak melupakan bahasa ibunda.
Kemahiran Bernilai Tambah
  • Kemahiran yang mengutamakan pengalaman di bilik darjah yang sesuai dengan situasi kehidupan dunia sebenar murid serta senario dunia yang global.
  • Memupuk kemahiran bahasa yang diperoleh oleh murid.
  • Memenuhi keperluan semasa pengajaran dan pembelajaran.

Terima kasih
Jom ke Channel Youtube Pak Malau
www.youtube.com/pakmalau

Previous Post Next Post