Nature

TEKNIK DAN AKTIVITI PDP - MESTAMU

 Teknik dan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Mestamu

mestamu

Definisi

Mestamu merupakan salah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang boleh menarik minat murid untuk mempelajari komsas, khususnya sajak. Nama lain bagi “Mestamu” ialah “Melagukan Sajak Tanpa Muzik”. Tanpa muzik bermaksud semua jenis alat muzik bertali atau tanpa tali termasuk alat yang dipalu adalah dibenarkan dalam mestamu. 

Aplikasi Mestamu
  • Boleh dilakukan secara berpasangan atau bersendirian. 
  • Jika dilaksanakan secara berpasangan, salah seorang murid yang dipilih akan mendeklamasikan sajak manakala pasangannya akan cuba melagukan sajak tersebut. 
  • Kalau bersendirian, kedua-dua teknik itu boleh dilakukan oleh murid yang sama secara bergilir-gilir melakukan aktiviti berkenaan. 
  • Iramanya pula boleh diadaptasikan daripada lagu-lagu puisi yang sedia ada atau lagu kegemaran murid itu sendiri. 
Cara Melaksanakan Mestamu

Pertama : 
Berdasarkan baris ke baris di mana aktiviti melagukan puisi dijalankan sebaik sahaja penyajak selesai mendeklamasikan sajak untuk baris pertama. 

Kedua : 
Aktiviti melagukan sajak dijalankan setelah penyejak selesai mendeklamasikan kesemua sajak berkenaan dengan menggunakan melodi yang tersendiri. 

Teknik ini sesuai untuk puisi seperti sajak, pantun, syair, gurindam dan seloka. 

Kelebihan Teknik Mestamu
  1. Menarik minat murid untuk mempelajari komponen dalam sastera
  2. Memberi keseronokan kepada murid dengan cara pengajaran baharu
  3. Meningkatkan keyakinan murid di khalayak ramai
  4. Menjana idea yang kreatif untuk melagukan puisi dengan cara masing-masing
  5. Murid mudah mengingati puisi dengan cara melagukannya.
  6. Memudahkan penghayatan sesuatu puisi
  • Teknik Mestamu dan kebanyakan teknik-teknik lain memberikan nafas baru kepada pengajaran komponen sastera dalam kelas. 
  • Tujuan utamanya adalah menarik minat murid untuk mempelajari aspek serta komponen dalam sastera. Tidak semua murid melibatkan diri secara aktif semasa pengajaran komponen dalam sastera ini. 
  • Murid mungkin bosan dengan penyampaian biasa yang dijalankan oleh guru. Dengan menyelitkan teknik ini dalam pengajaran, murid mendapat pengalaman dan pelajaran baharu yang menyeronokkan.
  •  Sejurus selepas itu, murid dapat melibatkan diri secara aktif dalam setiap langkah pengajaran yang dijalankan.
  • Teknik Mestamu merupakan salah satu cara untuk mencungkil bakat murid di samping berlatih meningkatkan keyakinan diri di hadapan kelas. 



Terima kasih
Jom ke Channel Youtube Pak Malau
www.youtube.com/pakmalau

Previous Post Next Post