Nature

TEORI PELAZIMAN OPERAN - E.L THORNDIKE (1987-1949)

 TEORI PELAZIMAN OPERAN - E.L THORNDIKE (1987-1949)

TEORI PELAZIMAN OPERAN THORNDIKE

Teori Pelaziman Operan

Teori Pelaziman Operan (Operant Conditioning) merupakan satu bentuk pembelajaran yang melibatkan satu siri perkaitan antara rangsangan dan gerakbalas. Perkaitan ini boleh diperkuatkan atau diperlemahkan melalui peneguhan atau dendaan. Teori ini perkenalkan oleh B.F. Skinner.

Teori Pelaziman Operan E.L. Thorndike (1987-1949)


Tenaga pengajar di Teachers College, University Columbia

















Ujikaji yang dilakukan oleh Thorndike adalah yang berhubung dengan hubungan atau connection antara rangsangan dengan gerakbalas yang akan menjadi kukuh jika kesan tingkah laku tersebut menyeronokkan atau memuaskan.

Sila buat rujukan tentang eksperimen Thorndike dengan seekor kucing yang cuba melepaskan diri sangkar.

Menurut Thorndike, hubungan antara rangsangan dan gerakbalas akan menjadi lebih kukuh apabila wujud kesan yang positif. Dalam hal ini, masa yang diambil oleh kucing untuk melepaskan diri dari kurungan menjadi semakin singkat apabila terdapat makanan (ganjaran) selepas berjaya melepaskan diri.

Berdasarkan ini, Thorndike telah memperkenalkan Tiga Hukum Pembelajaran.

1. Hukum Kesan: 

Sesuatu gerak balas yang dikuti dengan kesan yang menyeronokkan dan memuaskan akan menyebabkan gerak balas tersebut diulang. Namun, sekiranya berlaku kesan yang tidak memuaskan, maka gerak balas tidak akan diulangkan. Secara ringkasnya, 

Dengan kata lain, Hukum Kesan mengatakan guru hendaklah menyediakan suasana pembelajaran yang dapat membawa kepada rasa berjaya. Sekiranya guru tidak kedekut dengan pujian, pelajar akan berasa puas hati dan gembira.

2. Hukum Latihan 

Hukum Latihan menegaskan bahawa manusia belajar melalui proses membuat dan mengulang dan lupaan berlaku apabila perkara yang dipelajari tidak dipelajari atau diulangi. Oleh itu, hubungan R-G yang positif boleh diperkukuhkan sekiranya dibuat berulang kali. Sebaliknya, hubungan R-G akan menjadi lemah jika tidak diulangi. 

Dalam situasi bilik darjah pula, hukum ini menggalakkan guru-guru memberi latihan dalam perlbagai bentuk, latihtubi dan mengaplikasikan kemahiran dengan lebih kerap 

3. Hukum Kesediaan 

Hukum ini memberi perhatian kepada kesediaan organisma dari segi kognitif (pengetahuan lepas), afektif (perasaan, kecenderungan dan minat) dan psikomotor (fizikal). Bagi Thorndike, sekiranya tiada persediaan yang mencukupi akan membawa kepada kekecewaan. Contohnya, 

Pelajar bersedia, guru bimbing dengan baik → kesan positif pada pelajar, pembelajaran berlaku 

Pelajar bersedia, tiada bimbingan dari sesiapa → kesan negatif pada pelajar, pembelajaran tidak berjaya 

Pelajar belum bersedia, dipaksa untuk belajar → kesan mengecewakan, pembelajaran tidak berjaya.

Oleh itu, mengikut hukum ini, guru perlu memastikan pelajar ada kesediaan yang diperlukan untuk memulakan sesuatu topik atau aktiviti pembelajaran. Pelajar boleh mengikuti pembelajaran dengan baik dan akan mencapai kejayaan sekiranya perkara yang dipelajari selaras dengan keupayaan mereka.

Terima kasih
Jom ke Channel Youtube Pak Malau
www.youtube.com/pakmalau

Previous Post Next Post