KESELAMATAN PELAJAR SEMASA PJK DAN KOKURIKULUM
Panduan Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta Kegiatan Kokurikulum dan Sukan Di Dalam dan Di Luar Kawasan Sekolah.
Kementerian Pendidikan memandang amat serius akan beberapa insiden kemalangan,
membabitkan murid sekolah yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Kemalangan yang berlaku
didapati telah membawa kepada kecederaan dan kematian pelajar kerana terhempap
palang gol, terlanggar tiang gol, terkena lontaran peluru dan terjatuh di dalam tangki najis.
Berlakunya insiden-insiden sedemikian, menggambarkan bahawa pihak pengurusan
sekolah telah mengabaikan aspek keselamatan yang sepatutnya sentiasa diberi perhatian
dan keutamaan.
Pihak sekolah adalah dipertanggungjawabkan, untuk memastikan keselamatan diri
pelajar terjamin semasa berada di sekolah. Oleh itu langkah-langkah keselamatan perlu
diwujud dan diamalkan untuk mengelak atau mengawal sebarang kemungkinan berlakunya
kemalangan di kalangan murid ketika menjalani aktiviti di sekolah, sama ada aktiviti-aktiviti
pembelajaran, pendidikan jasmani, kegiatan kokurikulum atau sukan.
Surat Pekeliling lkhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan memperingatkan kepada
semua Pengetua dan Guru Besar supaya sentiasa berwaspada terhadap kemungkinankemungkinan
yang boleh berlakunya kejadian-kejadian yang tidak diingini ke atas diri murid
serta mengambil langkah-langkah proaktif untuk mengelakkannya.
Sebagai panduan, berikut adalah di antara beberapa langkah yang sewajarnya
dilakukan:-
MUAT TURUN SPI BIL. 9/2000 30 MAC 2000