Nature

BOLA SEPAK MSSD MANJUNG 2024

KEJOHANAN BOLA SEPAK MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH (MSSD) MANJUNG 2024


Kejohanan Bola Sepak MSSD Manjung 2024 telah berlangsung pada 4 hingga 7 Jun yang lalu. Kejohanan ini diadakan di padang SK Seri Manjung. SK Kpg Dato Seri Kamaruddin (SEDSKA) yang merupakan juara bertahan berada di kumpulan A.

Pada peringkat kumpulan yang terdiri daripada 6 pasukan, pasukan Bola Sepak SEDSKA hanya kalah sekali pada perlawanan pertama dan menang baki perlawanan seterusnya menjadi JOHAN Kumpulan A.

Pasukan SEDSKA layak ke suku akhir dan masa perlawanan suku akhir, pasukan SEDSKA telah seri kosong kosong dan pemenang akan ditentukan dengan sepakan penalti. Pasukan SEDSKA tewas dalam sepakan penalti ini. Sehingga itu sahaja perjuangan pasukan Bola Sepak SEDSKA.

Syabas dan tahniah kepada semua, barisan pentadbir SEDSKA, Guru-Guru SEDSKA, Pengurus Pasukan, Jurulatih dan seterusnya barisan pemain. Kita cuba lagi tahun hadapan. SEDSKA Bangkit.















Terima kasih
Jom ke Channel Youtube Pak Malau
www.youtube.com/pakmalau

Previous Post Next Post