Nature

RAGBI MSSD MANJUNG 2024

 KEJOHANAN RAGBI MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH (MSSD) MANJUNG 2024 BAWAH 12 TAHUN.

Kejohanan Ragbi MSSD Manjung 2024 telah diadakan pada 18 dan 19 Julai 2024 di Padang SK Kpg. Dato' Seri Kamaruddin (SEDSKA). Kejohanan yang berlangsung selama dua hari ini disertai oleh 16 pasukan dari tiga belas buah sekolah daerah Manjung. Penyertaan yang teramai setakat ini.

Pasukan SEDSKA telah menghantar dua pasukan, iaitu Pasukan A dan Pasukan B. Pasukan B merupakan pasukan pelapis yang terdiri daripada murid-murid Tahun 5 dan Tahun 4. Ini merupakan pembangunan Ragbi untuk SEDSKA. 

Ditakdirkan ketika pusingan separuh akhir, pasukan A dan Pasukan B yang merupakan Johan Kumpulan bertanding bagi Kategori CUP, kategori yang tertinggi dalam ragbi. Dalam separuh akhir CUP ini Pasukan SEDSKA A telah menewaskan Pasukan SEDSKA B. Pasukan SEDSKA A layak ke Akhir yang bertemu dengan musuh tradisi iaitu SK Seri Manjung A. 

Pasukan SEDSKA A telah tewas dengan Pasukan SK Seri Manjung A. Maka, pasukan Ragbi SEDSKA A menjadi Naib Johan dan Pasukan Ragbi SEDSKA B menajdi tempat ketiga bersama SK Batu Sepuluh Lekir. 

Syabas dan tahniah semua. Satu peningkatan yang memberangsangkan. Insya Allah tahun depan Ragbi SEDSKA akan bangkit untuk menjadi Juara. 

📌KEJOHANAN RAGBI MSSD MANJUNG 2024 BAWAH 12 TAHUN
Tarikh : 18 & 19 Julai 2024
Tempat : SK Kpg Dato’ Seri Kamaruddin
📍KEPUTUSAN KEJOHANAN
🏆 JOHAN
       ~ SK Seri Manjung A
🏆 NAIB JOHAN
      ~ SK Kpg. Dato’ Seri Kamaruddin A
🏆 KETIGA BERSAMA
      ~ SK Kpg. Dato’ Seri Kamaruddin B
      ~ SK Batu Sepuluh
📍ANUGERAH PEMAIN
🏈 ANUGERAH PEMAIN TERBAIK
      ~ Amsyar Khuzairi bin Hairul Hezri
         SK Seri Manjung
🏈 ANUGERAH PEMAIN BERBAKAT
      ~ Muhammad Alif Imran bin Ahmad Termizi
         SK Kpg. Dato’ Seri Kamaruddin
🏈 ANUGERAH PEMAIN HARAPAN
      ~ Muhammad Ilham Naufal bin Adzman
         SK Seri Manjung
TAHNIAH kepada semua pemenang dan terima kasih kepada 16 buah team daripada 13 sekolah yang telah menyertai kejohanan ragbi pada tahun ini.
Terbaik semua 👍👍👏👏








Terima kasih
Jom ke Channel Youtube Pak Malau
www.youtube.com/pakmalau

Previous Post Next Post