Nature

JANGAN JADI MANGSA PENIPUAN (SCAMMER)

 JANGAN JADI MANGSA PENIPUAN (SCAMMER)


SCAMMER merujuk kepada seseorang yang melakukan perbuatan "scam" atau menipu dengan tujuan menganiaya orang lain untuk kepentingan diri, baik secara dalam talian atau bersemuka.

Jenis Penipuan:
  • Phising - Pencurian data peribadi
  • Scam Macau - Penyamaran panggilan telefon
  • Scam E-Dagang - Beli lain dapat lain
  • Scam Cinta - Pasangan hilang tanpa dikesan selepas menerima wang
  • Scam Bungkusan - Bayar wang untuk mendapatkan bungkusan
  • Scam Tawaran Kerja - Pendahuluan wang deposit sebelum ditawarkan kerja.
Strategi Penipuan
  1. Tawaran yang datang secara tiba-tiba
  2. Syarikat yang menelefon berulang kali meminta anda untuk mengisi maklumat pengenalan peribadi atau memuat turun aplikasi atau program.
  3. Permintaan untuk berkongsi butiran akaun bank atau mengesahkan kata laluan ataupun nombor pin.
  4. Tawaran terhad yang meminta anda bertindak segera.
  5. Hadiah yang memerlukan pembayaran wang pendahuluan untuk membuat tuntutan.
  6. Kakitangan syarikat yang mempunyai maklumat perhubungan yang tidak jelas atau penggunaan domain e-mel awam.
SASARAN JENAYAH PENIPUAN
  1. Golongan Tidal Celik IT
  2. Pesara
  3. Warga Emas
IMPAK KEPADA MANGSA PENIPUAN
  1. Kerugian wang ringgit
  2. Kesan emosi seperti malu kepada masyarakat
  3. Kesan psikologi seperti timbul rasa ingin bunuh diri
  4. Penglibatan dalam kes jenayah
  5. Kecurian identiti
  6. Hilang keupayaan untuk menafkahi keluarga
  7. Hilang kepercayaan dengan perniagaan dalam talian
TIP ELAK JADI MANGSA PENIPUAN
  1. Berhati-hati atau elakkan menerima sebarang panggilan daripada nombor yang tidak dikenali terutamanya panggilan antarabangsa.
  2. Elakkan berkongsi sebarang maklumat peribadi seperti nombor akaun bank atau kad pengenalan kepada pihak yang tidak dikenali.
  3. Jangan klik pautan pada e-mel yang mencurigakan.
  4. Pihak berautoriti seperti pegawai polis, mahkamah, imigresen dan bank tidak akan membuat urusan melalui panggilan telefon.
  5. Muat turun aplikasi callchecking atau mengenal pasti nombor yang tidak dikenali seperti Truecaller dan Whoscall.
  6. Laporkan kepada pihak berautoriti sekiranya anda menerima sebarang panggilan atau mesej yang meragukan atau berkongsi dengan kenalan terdekat.


Terima kasih
Jom ke Channel Youtube Pak Malau
www.youtube.com/pakmalau

Previous Post Next Post