PERHIMPUNAN KOKURIKULUM BIL 1 2025, SK KPG. DATO' SERI KAMARUDDIN
Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 8/2007, Garis Panduan Pemakaian Pakaian Kokurikulum Di Hari Persekolahan dan Perhimpunan Bulanan Kokurikulum perkara 2.2 Perhimpunan Bulanan Kokurikulum. Perhimpunan hendaklah dianjurkan pada hari pertama minggu ketiga setiap bulan. Perhimpunan ini hendaklah dikendalikan oleh murid-murid. Aktiviti yang lazimnya diuruskan dan disampaikan oleh Pengetua/Guru Besar dan guru-guru seperti ucapan, bacaan doa dan penyampaian hadiah dan sebagainya, diambil alih oleh murid-murid dengan bimbingan dan panduan guru-guru.
Pada kali pertama ini, perhimpunan ini dikendalikan oleh Pasukan Badan Beruniform (PBB) Pengakap Kanak-Kanak. (PKK).
Syabas dan Tahniah kepada semua. Jumpa lagi bulan hadapan.