Nature

PRINSIP ASAS PERPADUAN

 PRINSIP ASAS PERPADUAN


Perlembagaan Persekutuan

  1. Undang-undang tertinggi di Malaysia
  2. Dokumen undang-undang bertulis yang dibentuk berasaskan kepada 2 dokumen terdahulu, iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan 1957.
  3. Mengandungi 15 bahagian, 183 perkara dan 13 jadual.
  4. Secara ringkas menyentuh aspek bidang kuasa eksekutif, legislatif, kehakiman, kedudukan agama Islam, kewarganegaraan, bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak.
Raja Berpelembagaan
  1. Yang di-Pertuan Agong dipilih dalam kalangan 9 raja Melayu daripada 9 negeri secara bergilir-gilir.
  2. Di peringkat persekutuan, Yang di-Pertuan Agong bertindak atas nasihat Jemaah Menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri bagi semua perkara kecuali beberapa perkara yang disebut sebagai kuasa budi bicara.
  3. Menerusi sistem Raja Berperlembagaan, Raja-Raja bagi negeri-negeri hendaklah bertindak atas nasihat Majlis Eksekutif yang diketuai oleh Menteri Besar.
  4. Raja bertindak mengikut peruntukan perlembagaan yang telah ditetapkan sekali gus menutup ruang kepada kuasa mutlak.
Rukun Negara
  1. Kepercayaan kepada Tuhan
  2. Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
  3. Keluhuran Perlembagaan
  4. Kedaulatan Undang-Undang
  5. Kesopanan dan Kesusilaan
Cita-cita dan aspirasi yang terkandung dalam Rukun Negara merupakan kunci keharmonian dan perpaduan rakyat demi kejayaan dan kestabilan Malaysia.

Demokrasi Berparlimen
  1. Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.
  2. Sistem itu merujuk kepada:
    • Perundangan
    • Kehakiman
    • Eksekutif (Pentadbiran)
  3. Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berasaskan kepada sistem persekutuan. Berdasarkan peruntukan ini, semua negeri kecuali 3 wilayah (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya) bersetuju dengan konsep penubuhan negara Malaysia.
  4. Negeri-negeri terbabit menyerahkan sebahagian kuasa seperti kewangan, pertahanan, pelajaran dan luar negara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan untuk ditadbir oleh Kerajaan Pusat.
Amalan Nilai Murni
  • Baik Hati
  • Kebebasan
  • Berdikari
  • Hemah Tinggi
  • Hormat-menghormati
  • Kasih Sayang
  • Kesyukuran
  • Kebersihan Fizikal dan Mental
  • Keberanian
  • Keadilan
  • Kejujuran
  • Kerajinan
  • Kesederhanaan
  • Kerjasama
  • Rasional
  • Semangat Bermasyarakat
  • Patriotisme
Rakyat perlu menghayati setiap elemen yang dinyatakan sebagai prinsip asas perpaduan dan pembinaan negara bangsa di Malaysia.




Terima kasih
Jom ke Channel Youtube Pak Malau
www.youtube.com/pakmalau

Previous Post Next Post